Wednesday, February 22, 2012

KERETA PROTON BARU ADA INTERNET 4G

PROTON KELUARKAN KERETA TEMPATAN PERTAMA MEMILIKI KEMUDAHAN INTERNET DALAM KERETA DENGAN KERJASAMA YES 4G – P3-21A MODEL BARU LENGKAP DENGAN INTERNET 4G

Sumber : GAMBAR PROTON P3-21A BARU ADA INTERNET 4G PERTAMA DI MALAYSIA | illustrasiaku .com 



  SYED Zainal Abidin   (dua dari kiri) menunjukkan PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G ditawarkan kepada  pemenang peraduan Facebook 'Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia'.







Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn. Bhd., hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan.
Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu. Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.
“Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu. – BERNAMA


Sumber : GAMBAR PROTON P3-21A BARU ADA INTERNET 4G PERTAMA DI MALAYSIA | illustrasiaku .com 

2 comments:

Razil Tahir said...

I beli sekarang jugak...
ahaks! XD

Kerel said...

haha...bli jer..smart keta cmnih..malaysia da maju

MENANGI IPAD 2 DAN HADIAH LAIN!!

k

Webs