Wednesday, May 23, 2012

Kenapa Facebook Warna Biru


Siapa yang kat dalam dunia ni takde Facebook boleh dikatakan ketinggalan. Waima, seluruh ahli keluarga saya dari ayah, ibu, sampai ke adik bongsu semua ada Facebook. Memang hebat penangan Facebook ni. Sejak beberapa tahun Facebook diperkenalkan, telah mengalami beberapa perubahan dalam dari segi design, aplikasi, perletakkan login dan sebagainya. Tapi perasan tak korang cuma satu-satu yang tak berubah adalah…. WARNA Facebook itu sendiri.


Design asal Facebook ketika di awal penubuhan, menggunakan domain thefacebook.com. Ketika ini facebook hanya dibuka kepada pemilik e-mail yang mempunyai .edu sahaja,


Wajah Facebook sekarang dan telah mempunyai lebih 500 juta pengguna.

Ya, kalau perasan warna Facebook sentiasa BIRU, dan kenapa berwarna BIRU, bukan MERAH, ORANGE ataupun PINK adalah kerana pengasas Facebook itu sendiri Mark Zuckerberg adalah seorang yang buta warna. Ini disahkan oleh laporan dari Leo Laporte dari majalah New Yorker menerangkan mengapa semuanya berwarna BIRU.

Pengasas muda itu buta warna tetapi dapat melihat biru kerana Mark buta warna merah-hijau :


Warna tidak penting banyak untuk Zuckerberg, beberapa tahun yang lalu, ia mengambil ujian online dan menyedari bahawa ia adalah buta warna merah-hijau. Biru adalah warna dominan agar, kerana, ketika dia berkata, “biru adalah warna terkaya bagi saya -saya boleh melihat semua biru.”

Dan Facebook bukanlah satu-satunya jenama internet yang menggunakan warna biru. Sebuah kajian dari Lovers Color mendedahkan bahawa biru adalah warna yang paling popular dan dominan di antara 100 laman top di dunia diikuti oleh warna merah.

Jadi kalau nak cepat terkenal dalam internet kena la letak warna biru dalam website atau blog korang.

MENANGI IPAD 2 DAN HADIAH LAIN!!

k

Webs