Tuesday, February 7, 2012

Kayu sugi..khasiat dan kelebihannya..(MISWAK)

Hai semua..pernah dengar tentang kayu sugi tak?? kalo penah bagus lah,kalo yang tak pernah mari sini aku nak cerita pasal kayu sugi..sangat bnyak kelebihannya..KAYU SUGI adalah ranting dari pokok siwak..


Satu lagi bersugi adalah SUNNAH RASULULLAH. (Munabbihat Ibni Hajar)..so try la gunakan kayu sugi.. ;D







Di sini aku kongsikan cara untuk menggunakan kayu sugi:
1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan

2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.

3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.

5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah :-

KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK

1) MEMBERSIHKAN MULUT.
1) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT

0 comments:

MENANGI IPAD 2 DAN HADIAH LAIN!!

k

Webs